Friday, September 25, 2009

Dugaan-Nya

Baru lepas aku duduk borak dengar ibu bercerita. Nak menitik air mata aku dengar. Hati aku menangis. Selalunya kalau dah begini, aku akan mula berdendam. Hati dah mula marah. Tapi, untuk kali ini, sabar perlu aku tetapkan di hati. Macam-macam mulut yang berkata-kata akan benda yang belum ada lagi hitam putih tentang pergi Haji.

Apa lah salahnya sekiranya tumpang gembira bersama atau sekurang-kurangnya mendoakan bersama agar rezeki untuk kami ke sana termakbul jua. Siapakah mereka hendak menjatuhkan hukum bahawa siapa kami? atau baik buruknya perangai kami?

Dugaan-Nya. Apa yang terjadi ada hikmah. Aku percaya Dia itu Maha Adil!

September 26, 1981.
Happy anniversary Ayah & Ibu.
Semoga kita sampai juga di sana November ni. Insyallah. Wallahualam.

1 comment:

wanyta said...

Hye nodie, i tumpang gembira on ur rezeki. selamat menunaikan ibadah haji :)