Thursday, December 10, 2009

Jurnal Haji 1430H

"Ya Allah, Engkau terima lah taubat ku Ya Allah. Sesungguhnya, aku adalah hamba-Mu yang jahil, kejam lagi hina Ya Allah. Aku bersyukur kerna Engkau memilih ku sebagai tetamu-Mu. Tetapi aku malu kerna aku menyahut seruan-Mu dengan membawa dosa yang banyak, dosa-dosa kecil, dosa-dosa besar, dosa-dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup di muka bumi ini selama 21tahun Ya Allah. Ya Allah, Engkau permudah dan perlancarkan lah perjalanan ku Ya Allah. Terima lah aku sebagai tetamu-Mu yang teristimewa di sisi-mu Ya Allah.. "

Itu adalah antara doa-doa terakhir aku sebelum berangkat ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Perasaan yang bercampur-baur. Gembira, sedih, takut dan sebagainya. MasyAllah... tidak penah sebegini perasaan yang aku alami. Aku adalah antara orang-orang yang bertuah untuk mengalaminya pada usia yang dianggap 'tidak layak' untuk mengerjakan haji oleh sesetengah masyarakat. Subahanallah! Allahu Akbar!

Hari keberangkatan aku hari itu, aku tidak merasakan apa-apa sangat. Aku masih normal. Masih keluar masuk rumah cari ribbon untuk diikat pada beg. Mencari serai, daun pandan untuk Toksu Lamah di Makkah dan aku masih sempat lagi ke Giant untuk membeli rempah sup dan kurma untuk diberi pada Toksu Lamah juga.

Di situlah aku terserempak dengan Cikgu Rok dan kuncu-kuncu nya sedang melepak di Takoyaki. Jam menunjukkan 4.30ptg. Maka beliaw pon bising sbb berjalan sana sini. Patutnya dok diam2 di rumah. Itulah perjumpaan terakhir aku dengan beliaw. Beliaw bukan tidak sudi untuk datang ke rumah pada malam keberangkatan aku tetapi beliaw akan menjadi orang yang paling sedih melihat aku pergi. Aku faham. Ramai yang begitu.

Rumah makin petang, makin ramai yang berkumpul. Mak aku dah siap sedia order 50 nasi lemak bungkus dengan teh tarik. Pukul 6.30, makcik-makcik aku mula bising, suruh kami naik atas dan bersiap. Ketika itu, aku baru sedar untuk berasa takut dan mulut yang dari td nya bising dengan gelak tawa mula diam. Mak aku naik ke bilik dahulu. Aku menyusul kemudian ke bilik sendiri. Menenangkan jiwa. Bapak aku? Uh, die keluar sebentar beli 1 karton rokok die untuk stok di sana. -_____________________-"


Setelah mandi sunat musafir, aku bersolat sunat musafir dan solat maghrib. Kemudian menantikan azan isyak. Bapak aku duduk di dalam bilik, sementara aku dan ibu di dpn tv. Kami tidak turun walaupun suasana di bawah makin ramai yang datang. Telefon aku, aku bagi adik aku pegang. Banyak call dan msg. Tapi aku biar dulu. Ada beberapa mmber aku da datang. So, aku turun kejap bagi fail aku kat Akmal n Nuzul. Amanah n tolong aku wat letter utk ACCA carry fwd kan exam fee aku next yr. Pantas, Ringkas n padat aku explain then aku naek.

Setelah azan isyak berkumandang, kami bertiga solat berjemaah. Sebelum itu, ibu da remind adik-beradik aku utk 'meeting' lepas kiteorg solat. Solat isyak terakhir di bumi Msia, benar-benar syahdu. Bagaikan solat yang terakhir untuk mati. Allahuakbar! Sebak sesebak yang mungkin tidak digambarkan.

Selesai solat, kami 7 beranak berkumpul di dalam bilik mak bapak aku. Ayah duduk di atas katil, manakala kami semua di lantai. Ayah bercakap, tentang keselamatan rumah, adik-beradik, duit-duit di dalam bank masing2, bayaran bil etc. Kemuncak, ayah memohon maaf dengan semua selama beliau bergelar bapa :'( saat ini, aku nampak hilanglah segala ego seorang lelaki dari bapa sendiri. Kami bersalaman dan tangisan mula kedengaran. Apabila abang aku bersalam dgn ibu, ibu berkata ,''Alin, jagalah hati ibu ni''.

Kami bertiga turun bagaikan pengantin. Suasana terus sepi dan aku terus bersalaman dengan linangan air mata berjujuran. Syahdu dan terharu dengan kedatangan tetamu yang ramai. MasyAllah! Di dalam rumah dan di luar rumah sama banyak. Mungkin kerana kami pergi bertiga dan ditambah pula dengan kawan2 aku menyebabkan tetamu yang hadir ramai.

Setelah itu, kami berdiri di luar. Azan di laungkan oleh Unc Hairi, sepupu ibu. Sepi sesepi yang mungkin. Kemudian, bacaan doa dibacakan oleh Imam Masjid Negeri yang dijemput oleh ayah utk membacakan doa sebelum keberangkatan kami.

Segala beg-beg telah dimuatkan di dalam kereta Honda CRV Unc Fuaad. Rakan baik ayah sejak dari kecil. Kami bertolak dan memberikan lambaian terakhir kepada mereka yang hadir, jiran-jiran serta sahabat handai kerana sudi hadir. 4 buah kereta menyusul dibelakang kereta kami dan 2 buah kereta sudah berada di Tabung Haji menanti kami. Kesemua mereka saudara-mara kami kecuali Unc Fuaad.

Perjalanan yang mudah tetapi pendaftaran yang sepatutnya bermula pada pukul 9.30mlm ditunda pada pukul 11.00mlm. Ini lah dugaan pertama!

Bersambung di Madinah Al-Munawarrah (:

9 comments:

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

¿n0die? said...

Dear anonymous,
err.. my blog sucks. older or newer, to me its still d same. its just a canvas for me to paint my expression or wut eva came out from my mind.

nway, thanks for ur visit.
really appreciate it (:

ps: check out my new blogphoto. i shall said dat my blog there are more serious (: but it still under constuction.
http://nadiarahmat.blogspot.com

have a great day. salam.

Anonymous said...

nodie... sayu nyer~

aman

¿n0die? said...

(: thanks aman for dropping by

Faridah said...

Ass'kum...tahniah..is good write up..down to earth..mmg susah nak jadi hamba Allah yg betul2 beriman...insyAllah , u already started

¿n0die? said...

ws puan.
Thanks puan.
yes, im still learning and about to start. insyallah (:

aimie said...

salam.. wow! tahniah anda berjaya meyentuh hatiku.. hampir nangis tp ku control macho.. tp berair gak la mate ni.. good 1 nodie keep it up.

aimiesarah

Anonymous said...

awal yang baik

¿n0die? said...

terima kasih