Wednesday, October 06, 2010

Jurnal Haji 1430H - Part 5

Hari ke-3 di Madinah.

Tiada aktiviti untuk kami. Maka, aku dengan ibu memulakan jalan-jalan di sekitar kawasan hotel pada jam 10pagi, setelah bersarapan dan menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Tiada apa yang menarik minat aku sebenarnya kerna ibu hanya ingin berjalan dan membeli jubah. Jujur, aku tiada nafsu langsung nak bershopping selama aku di sana. Mungkin kerana niat hanya untuk melakukan ibadah serta mendapatkan haji mabrur, pintu hati untuk bershopping tertutup. Tambahan pula, aku memang jenis bukan kaki shopping. Jika ada pon, hanya sekadar barang-barang, ole-ole untuk sahabat di Malaysia. Wallahualam.

Kami bergerak ke deretan kedai di seberang jalan berhadapan dengan hotel kami. Kedai pertama yang kami singgah adalah kedai kebab. Bukan untuk membeli, tapi sekadar singgah sebab ibu suka mengambil gambar kalau berjalan-jalan.


Setelah itu, kami terus berjalan sekadar window shopping dari satu kedai ke satu kedai jubah. Cuma satu kedai ni ja ibu singgah lama sket. Dia beli sehelai jubah untuk dia. And sempat jugak dia bergurau cakap sket-sket ngan budak and Pak Arab kedai tu.


Setelah beberapa lama di kedai tersebut, kami berpatah balik ke hotel tetapi melalui jalan lain. Ibu tidak mahu berjalan jauh takut kepenatan dan mahu berehat dahulu sambil menunggu waktu Zohor kemudian.

Kami mengambil gambar di sekitar hotel dahulu dan kami juga mengambil gambar di perkarangan Masjid An-Nabawi.


Pulang ke hotel, kami tidak terus balik ke bilik. Kami singgah di salah sebuah butik minyak wangi di bawah hotel, Rose Mary. Di sinilah tempat aku dan bapak aku memborong minyak athar untuk di bawa pulang. Favourite aku, Rose number 3. Jadi sesiapa yang pergi umrah/haji lain kali boley la aku kirim dekat Rose Mary ni ;)


Rutin kami berjalan seperti biasa. Pergerakan masjid-hotel. Lepas asar, ketika minum petang, ayah bercadang untuk berjalan-jalan selepas isyak di sekitar Hotel Hilton iaitu jauh sedikit dari hotel kami. Dimana di situ terdapat satu food court yang menarik sambil berpicnic di dalam pondok.

Maka kami pon bersetuju dan bergerak selepas isyak.

Food court di situ agak ramai orang. Keadaan di pondok pula kotor dengan segala bungkus dan sisa-sisa makan bersepah tidak dibuang. Ini adalah antara tabiat negatif yang sukar dibetulkan oleh warga Arab.

Kami hanya makan sedikit sebelum singgah di Hardees (A sister company of Carl's Junior) dengan meng-order 1 set steak burger (xsilap) untuk makan di hotel. Serious, sangat sedap! Terima kasih buat Azlyn yang mencadangkan kedai tersebut sebelum aku berangkat hari itu :)

Sebelum pulang ke hotel, aku sempat mengambil gambar Masjid An-Nabawi di pintu utama berhampiran Dataran Madinah.


bersambung...

2 comments:

ADLIL RAJIAH said...

nodie, bestnya ko dah sampai sanaaaaa!!!!! aku pon nak pegiiii.. he btw, aku suka la wordings kat header ko tu.. :))

¿n0die? said...

Jom pegi jom!
Eh btw, u noe me? :O
Errr...

Uh, header tu pon amek dr org :) Sharing is caring :)

Blog ni lambat update, bz. Dah nak masuk 2thn haji pon xsetel lg =,=