Tuesday, June 22, 2010

Jurnal Haji 1430H - Part 4

Di sini, waktu solat Subuh adalah pada jam 5.30pagi (10.30pagi waktu Msia), Zohor 12tghari (5ptg Msia), Asar 3.30ptg (8.30mlm Msia), Maghrib 5.30ptg (10.30mlm Msia) dan Isya' 6.30ptg (11.30mlm Msia) - Lebih kurang.

Selalunya kami mula bangun jam 3pagi dan bersiap ke masjid. Bertahajud, mengaji etc. Jetlag bukan alasan untuk mensia-siakan peluang 'sekali seumur hidup' ini. Uh ya, tugasku sebagai 'doktor' kepada ibuku, telah aku mulakan sejak pada hari pertama lagi.

Hari itu, 22 Oktober 2009 - hari Jumaat, hari kedua kami di Madinah. Di dalam buku jadual yang disediakan di bilik, selepas solat Dhuha ada lawatan berkumpulan untuk menziarahi maqam Rasulullah SAW dan seterusnya bersolat di Raudhah - tempat yang paling mustajab untuk berdoa.

Aku seperti biasa, bergerak bersama ibu. Aku tidak ingat Ustaz mana yang mengetuai kami. Tetapi aku ingat, Ustaz itu kemudiannya menyuruh kami mengikut pemandu kami yang memegang sepanduk Tabung Haji Travel iaitu Haji Zakaria. Haji Zakaria ini pada mulanya kami ingat beliau sama shaja seperti kakitangan Tabung Haji yang lain. Rupanya beliau rakyat Malaysia yang menetap di Mekah. Dilahir dan dibesarkan di Mekah. Tidak pernah ke Malaysia. Tetapi masih fasih berbahasa Melayu. Ini disedari apabila seorang jemaah bertanya mengenai Bin Dawood (supermarket terkenal di sana seperti Giant) adakah sama seperti Giant dan Tesco? Beliau hanya senyum menggeleng. Di tanya duduk mana, baru lah tau asal usulnya. Haji Zakaria adalah salah seorang dari ribuan penduduk Saudi yang bekerja kontrak dengan Tabung Haji sempena musim haji. Yang dapat membezakan mereka adalah pemakaian vest mereka adalah berwarna biru.

Pergerakan kami bermula dari bahagian kanan masjid iaitu terus kepada pintu Babus-Salam. Kami berhenti seketika untuk membaca doa. Bacaan doa adalah bersendirian mengikut kitab yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. Aku sering mengetuai bacaan doa buat ibuku. Ibuku hanya mengaminkan sahaja. Sama juga seperti solat Sonat Dhuha, aku yang mengetuai bacaannya.

Kami meneruskan perjalanan kami menghadap perkuburan Al-Baqi'. Sekali lagi, bacaan doa dibaca dan disedekah kan buat para sahabat Baginda SAW. Setelah itu, kami di bawa ke pintu untuk ke Raudhah. Seperti biasa, kami diperiksa oleh pengawal masjid sebelum dibenarkan masuk. Aku tidak terus ke Raudhah. Sebaliknya mengajak ibuku melakukan solat sunat Tahiyatul Masjid dan solat sunat Hajat agar dipermudahkan urusan di Raudhah nanti.

Di hadapan Raudhah, kami tidak dibenaran terus masuk. Sebaliknya kami dikumpulkan mengikut Benua. Asia, Arab, Afrika, India etc. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana warga Arab dan Afrika, mereka bersaiz lebih besar dari kita warga Asia. Malah pergerakan mereka juga lebih aggresif seperti tolak menolak dan berebut-rebut. Namun begitu, bukan semua orang Asia berpemikiran sama. Contoh boleh dilihat oleh jemaah dari Indonesia. Mereka ini gemar untuk berebut-rebut tidak mendengar kata pengawal apabila disuruh duduk etc.

Masa menunggu ini agak lama. Ketika ini masa boleh diisi dengan bacaan Quran dan bersolat sunat jika mahu. Aku membaca Quran manakala ibu duduk berehat kerana letih berjalan. Kami di kalangan Asia terdiri daripada jemaah dari Thailand, Indonesia, Singapura, Malaysia etc. Semasa menunggu kami diberi taklimat oleh pengawal. Mereka ini berupaya berbahasa Indonesia atau berbahasa Melayu-Thailand. Kami diberi taklimat agar tidak membuat perkara-perara syirik seperti apa yang dilakukan oleh jemaah negara lain. Contoh yang aku dapat lihat, ada beberapa jemaah dari India menangis sambil mencium dinding (bersebelahan maqam Rasulullah SAW) dari satu hujung ke satu hujung. Namun, seperti biasa ada juga jemaah Indonesia yang mengikut perkara syirik ini. Sedih.

Apabila tiba giliran kami untuk ke Raudhah. Suasana berebut, pekikan, tangisan mula kedengaran. Masing-masing berlumba-lumba untuk berada di saf hadapan sekali yang paling hampir dengan dinding maqam Rasulullah SAW. Ibu di saf pertama. Maka aku di saf kedua. Dapat sahaja tempat, tidak perlu tunggu. Solat sunat dilakukan. Apa yang rakan aku Azlyn ajar, walaupun kita punya tempat untuk solat, tidak mungkin kita mampu untuk sujud kerana di tempat sujud kita itu selalunya akan dipenuhi oleh kaki-kaki jemaah lain yang mencelah untuk solat. Maka, aku perlu bersedia untuk perkara sebegini dan jika terjadinya perkara itu, cari sahaja ruang kosong untuk sujud atau tepukan kaki mereka sedikit untuk diberi ruang. Perkara ini memang benar-benar terjadi. Maka aku sujud ke ruang yang kosong sedikit mengahala ke kanan sedikit. apabila suda dapat sujud, sujudlah selama yang mungkin. Berdoalah selama yang mungkin. Kerana jika kita bersujud, kita tidak akan dihalau oleh pengawal. Sebaliknya jika kita sudah selesai mereka akan menghalau kita segara agar jemaah lain diberi peluang pula.

Setelah selesai, ibu belum selesai lagi. Makanya aku ke kanan maqam Baginda untuk ke maqam sahabat Baginda iaitu maqam Saidina Abu Bakar. Bacaan doa di bacakan lagi.Suasana berada di Raudhah memang cukup sayu. Kita hanya mendengar nama Baginda disebut-sebut di dalam Al-Quran. Tidak pernah bertemu. Namun hanya dapat bertemu maqamnya sahaja. Itu sudah cukup menyentuh perasaan. Ketika mula-mula masuk Raudhah lagi, aku melihat ibu sudah menangis sambil melambai-lambai "Ya Rasulallah! Ya Rasulallah! Aku kembali dengan izin-Nya untuk melawat maqam-mu". Aku juga tidak lupa untuk menyampaikan salam sahabat-sahabatku buat Baginda.

Kami keluar. Membasahkan tekak dengan air zam-zam. Air zam-zam disini benar-benar sejuk. Benar-benar enak rasanya. Lain rasanya bila dibawa pulang ke Malaysia. Aku sering mengamalkan apabila masuk ke masjid meminum secawan air zam-zam dan secawan lagi ketika pulang. Ini bagi mengelakkan kekeringan kerana keadaan cuaca di Saudi tidak seperti di Malaysia yang panas lembab. Di sana cuacanya panas kering. Apabila minum, sering aku menghadap ke kiblat dan berdoa agar diterangkan hati, dipermudahkan untuk menerima ilmu, diberi kesihatan yang baik agar segala ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.

Pulang untuk membersihkan diri seketika dan kemudian perlu kembali menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat? Biasanya di Malaysia, hanya kaum lelaki sahaja ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Di sini, adalah rugi jika kita tidak dapat menunaikan solat di Masjid An-Nabawi. Bukan mudah untuk dapat peluang sekali seumur hidup. Belum tentu akan datang dapat datang lagi. Kami telah dimaklumkan oleh Ustaz-ustaz dan Ustazah-ustazah, bagi jemaah wanita, kami ikut sahaja solat Jumaat dengan niat "Sahaja aku solat FARDHU Jumaat, 2 rakaat makmum, kerana Allah Taala".

Di hari kedua ini, jemaah dari KT11 tiba dari Malaysia. Penerbangan mereka beza 24jam sahaja dari kami KT07. Mereka tiba di hotel lebih kurang waktu yang sama seperti kami semalam. Di dalam penerbangan ini ada seorang saudara ibu, Mak Mayak dan Unc Hashim. Kami berjumpa dan insyAllah akan berjumpa lagi kerana duduk di hotel yang sama.

Hari kedua berjalan tenang tanpa sebarang masalah.

2 comments:

ain revival said...

tersgt laa best~
dpt pegi kt sane muda2 ag~

¿n0die? said...

Rezeki, alhamdulillah :)