Friday, June 18, 2010

Jurnal Haji 1430H - Part 3

Alhamdulillah.

Setelah selamat mendarat, kami turun dari kapal terbang secara tertib. Aku dan ibu tidak terus menaiki bas. Sebaliknya menunggu bapa aku yang terpisah semasa di dalam penerbangan. Di sebelah, kelihatan kapal terbang dari Turki yang aku kira-kira mendarat awal beberapa minit dari penerbangan kami. bas yang disediakan, tidak putus-putus. Memastikan kedatangan kami dari negara asing dilayan dengan selesa.


Kelibat ayah kelihatan di pintu utama. Setelah itu, kami menaiki bas bersama-sama. Terkejut pon ada. Nak tergelak pon ada kerana rupanya, sangatlah dekat tempat imigresen. Hanya kira-kira 1 minit sahaja kami dalam bas itu. Tidak pula kami perasan tempat tu boleh jalan kaki sahaja masa menunggu ayah tadi.


Di dalam tempat imigresen, kami diminta beratur. Suasana senyap. Mungkin takut jika melanggar apa-apa arahan Pak Guard Arab. Al-maklum, dari cerita-cerita orang, Pak Arab ni garang. Susah nak negotiate etc. Kepenggunaan kamera pon aku was-was. Takut kene rampas dan tak pulang-pulang dah.

Menunggu memang meletihkan. Tapi, kesabaran di utamakan kerana pastinya sampai juga giliran nanti. Kelihatan saki-baki warga jemaah dari Turki masih beratur untuk pemeriksaan. Kami dimaklumkan, pada musim haji kali ini, kerajaan Saudi telah memperkenalkan sistem pemeriksaan yang baru dimana kedua-dua belah tapak tangan perlu di imbas bagi jemaah lelaki manakala jemaah perempuan tidak perlu. Aku mempunyai masalah jika perlu berbuat demikian kerana jari-jari aku semuanya tidak boleh dibaca oleh mesin pengimbas kerana tidak mempunyai corak (jenis kulit sensitif kepada sabun-sabun yang kasar). Aku tergolong bersama orang-orang yang susah untuk berurusan di bank, KLIA atau dimana-mana tempat yang memerlukan aku berurusan menggunakan myKad dan pengesahan cap jari. Selalunya, golongan seperti kami perlu menggunakan cara manual.

Sambil beratur, aku mula on handphone dan mesej kepada 5,6 orang mengatakan aku telah selamat sampai (8pagi waktu tempatan, 1tghari waktu Msia). Tiba giliran aku, passport diserahkan. Setelah itu, aku dan ibu bergerak keluar. Sepanjang perjalan untuk keluar, kami diberi macam-macam seperti buku doa ringkasan (pelbagai bahasa), kaset (bahasa Indonesia) etc. Kami tidak terus menaiki bas yang sudah siap menunggu. Sebaliknya menunggu di bawah gazebo kerana sekali lagi bapa aku lewat. Uh ya, kami tidak perlu bersusah payah menunggu bagasi kami kerana kesemua bagasi kami diuruskan oleh pihak Tabung Haji dan akan terus dihantar di hadapan pintu bilik kami. Menarik bukan? Tabung Haji sangat memainkan peranan yang besar dalam menyediakan perkhidmatan yang amat selesa bagi setiap jemaahnya.


Setelah menaiki bas, kami diberikan kertas mengenai no bilik. Pada pas haji kami, hanya kod bilik disediakan. Menggunakan kod tersebut, kita dapat mengetahui no bilik kita yang sebenar. Aku dan ibu ditempatkan sebilik di bilik 6071. Manakala ayah di bilik sebelah, 6072. Selalunya, keluarga memang ditempatkan dibilik bersebelahan atau paling jauh pun, masih ditingkat yang sama. Suasana pertama di jalan raya Madinah, kenderaan kebanyakkan suka membunyikan hon. Ayah kata di sini memang begitu. Mereka membunyikan hon sebagai terima kasih kerana diberi untuk memintas kenderaan mereka etc. Tapi aku perasan juga kadangkala dornag memang suka untuk membunyikan tanpa sebab. Contohnya, ketika bas kami berhenti di lampu isyarat, pemandu membunyikan hon. Apekah? -___-" Huhu.

Perjalanan ke hotel kami, Hotel Anwar Al-Madinah Mövenpick tidaklah jauh dari lapangan terbang. Hanya kira-kira 15 minit perjalan. Hotel kami terletak 30m dari Masjid An-Nabawi. Cukup selesa. Memang kami diberitahu layanan di Madinah sangat berbeza dengan di Mekah nanti. Justeru, kami tidak seharusnya berasa selesa sangat dan berharap layanan yang sama di Mekah nanti. Ketika sudah hampir, aku dapat melihat pagar Masjid An-Nabawi. Subahanallah! Bergetar jantung. Tidak tahu mengapa dan apa perasaan. Di sinilah kami akan berkampung selama 8 hari (40waktu).



Kami tiba kira-kira jam hampir pukul 11pagi. Hampir 3 jam kami di lapangan terbang. Kami terus di bawa ke bilik masing-masing dan dibenarkan untuk minum pagi di dewan makan di tingkat 3. Bilik kami benar-benar berhampiran lif. Ketika kami tiba, rakan bilik kami masih belum sampai. Maka kami boleh memilih katil yang berhampiran tingkap atau berhampiran tandas. Aku memilih berhampiran tandas. Bilik kami sangat luas. Menempatkan 4 orang sebilik dengan 2 katil queen saiz. Beg kami masih belum tiba. Tetapi kami telah dimaklumkan awal-awal oleh saudara kami di Msia agar di dalam bagasi kecil Tabung Haji (warna ungu), perlu diisi 1 keperluan 'spare' seperti towel, telekung, baju etc. Ini adalah langkah berjaga-jaga sekiranya bagasi besar kami hilang atau lewat tiba.


Pintu diketuk, salam diberi. Rakan baru kami tiba (: Aunty Hamidah dan ibu beliau yang aku panggil Atok. Mereka juga datang bertiga. Tetapi suami Aunty Hamidah tidak sebilik dengan ayah. Dia di bilik lagi satu, 6070. Aunty Hamidah dari Kedah. Asal Johor. Bekerja di Perlis. Atok pula, tinggal di Muar, Johor. Setelah itu, aku dan ibu meminta izin utk minum pagi. Kami mengetuk bilik ayah dan turun bersama. Kami hanya mengambil makanan yang ringan-ringan sahaja kerana waktu Zohor aku masuk pada jam 12tghari (5ptg waktu msia). Kami kemudian naik ke bilik, bersiap dan terus ke Masjid.

Turun lobi, terus sampai ke pagar Masjid. Sebegitu dekat 30m! Hehe. Di pintu masjid, kami tidak dibenarkan terus memasuki masjid. Sebaliknya kami diperiksa oleh pengawal masjid. Beg kitab kami diperiksa. Segala bentuk camera termasuk handphone berkamera adalah tidak dibenarkan. Jika kami didapati membawa barang tersebut, kami tidak dibenarkan masuk dan terpaksa bersolat di luar. Alhamdulillah, kami tidak mempunyai masalah. Selipar, kami simpan di dalam beg kasut (ikhsan Cikgu Rokiah, thank u!). Suasana di dalam masjid masih tenang. tidak ramai orang. Malah saf bagai terputus-putus. Aku menarik ibu untuk saf paling hadapan. Aku solat sunat Tahiyatul Masjid dan bersujud syukur selamat sampai. Setelah itu, aku mula mengaji. Aku berniat untuk berkhatam di Masjid An-Nabawi ini dan semestinya di Masjidil Haram nanti. Setelah solat, kami melakukan solat jenazah. Hampir setiap waktu, pasti kami akan melakukan solat jenazah. Dan pastinya mereka-meraka yang meninggal di bumi Madinah ini akan dikebumikan di Perkuburan Baqi' yakni bersama para sahabat Baginda SAW sekalian. Di sini, setelah solat selesai, tiada bacaan wirid atau doa penutup solat dilakukan. Selesai solat, maka selesailah. Tapi, bagi kami yang datang dari jauh, ini lah peluang untuk mendekatkan diri denganNya.

Pulang solat, kami ke dewan makan untuk makanan tengahari. Alhamdulillah. Layanan di sini sangat selesa. SANGAT! Makanan yang menarik. Salad yang pelbagai soup of the day etc. MasyAllah. Cukup mewah. Air sejuk dan panas, pencuci mulut, segalanya. Selalunya, kami terpisah dengan ayah ketika waktu solat. Ayah seperti di Msia juga. Suka pergi masjid sendiri. Ibu tidak kisah sangat kerana ada aku sebagai teman. Aku juga tidak kisah juika pergi bersendirian. Tetapi, ibu adalah tanggungjawab aku. Maka aku tidak boleh mementingkan diri sendiri untuk mendekatan diri padaNya. Kami selalu berjanji untuk berjumpa di dewan makan sahaja, tempat ayah telah kami reserved.

Selesai makan, kami naik dan berehat sebentar. Masih jetlag dan sedang menyesuaikan diri di dalam persekitaran yang baru. Beg-beg kami serta kotak-kotak kiriman buat saudara di Mekah telah kami terima sekitar waktu Asar di hadapan pintu bilik kami dalam keadaan baik. Baik? Tak sangat. Kotak je macam da nak hancur. Sebab diorang campak-campak ja bile check in. Takda masa nak susun-susun sebab beratus ribu beg! Jadi, kami faham. Maka kene cari kotak baru nanti. Nanti...

bersambung...

No comments: